suria

Impian masuk universiti tercapai, Zaki Yamani berhabis RM40,000 untuk sambung belajar

PENYANYI Zaki Yamani sanggup menghabiskan RM40,000 bagi memenuhi hasratnya untuk menyambung pengajian di peringkat universiti.

Kata Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 18, dia sangat gembira apabila impiannya untuk masuk ke universiti sejak kecil akhirnya tercapai.

“Alhamdulillah saya sudah berada di MSU (Management and Science University). Saya sangat gembira kerana sudahpun menyimpan hasrat untuk masuk universiti ini sudah lama. Akhirnya cita-cita saya daripada kecil tercapai.

“Saya ambil diploma dalam Teknologi Muzik selama dua tahun enam bulan. Saya sanggup keluar duit sendiri iaitu sebanyak RM40,000 untuk yuran,” katanya kepada mStar.

Ketika ditanya mengenai nasihat bapanya iaitu Jamal Abdillah, Zaki hanya memaklumkan yang penyanyi tersebut tidak mengetahui akan perkara tersebut.

Dalam masa sama, Zaki berjanji untuk kekal aktif dalam karier nyanyiannya walaupun akan sibuk dengan pelajaran.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi