suria

Anak-anak restu hubungan Ellie Suriaty dengan kekasih, minta kenal hati budi sebelum kahwin

HUBUNGAN cinta pelakon dan pengarah Ellie Suriati dengan teman lelakinya mendapat restu daripada dua orang anaknya.

Ellie atau Ellie Suriaty Omar, 54, bagaimanapun berkata, dia tidak terburu-buru menamatkan zaman janda selain anak-anak meminta dia mengenali jejaka berkenaan dengan lebih baik sebelum membuat keputusan berkahwin.

“Biarlah kami berkawan dulu buat masa ini... Tak berapa sesuai juga saya nak bercakap lebih lanjut sebab status saya sebagai ibu tunggal.

“Anak-anak restu tapi mereka mahu saya mengenalinya dengan lebih baik sebelum berkahwin,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ellie meminta supaya orang ramai mendoakan hubungannya bersama buah hati dipermudahkan selain menyerahkan urusan jodoh di tangan Allah.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi