suria

Datuk Red sarung cincin sekadar gimik, Adira tiada niat permain soal perkahwinan dan perceraian

PENYANYI Adira menegaskan gimik bekas suaminya Datuk Red menyarungkan cincin ke jarinya dalam sebuah majlis yang diadakan pada petang Khamis sekadar gimik.

Sedar tindakan itu menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, menegaskan perkara itu juga bukan mempermainkan tentang perkahwinan atau penceraian.

“Saya rasa semua orang pun tahu perkara itu bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan, bukan main-main tapi itu adalah sebahagian untuk menjayakan majlis.

“Saya pun sangat bersyukur sebab abang Red pun bagi kerjasama nak membantu, jadi saya sangat menghargainya yang sudi membantu,” katanya kepada mStar.

Dalam pada masa yang sama, pihaknya juga tidak memaksa Datuk Red untuk bersama-sama menjayakan pelancaran produk tersebut.

“Lama juga kami pujuk dia tapi kami tak paksa dan syukur Alhamdulillah akhirnya dia sudi bersama-sama kami menjayakan majlis ini,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi