suria

Kekal bujang pada usia 61 tahun, Kenji Sawahi cadang masuk rumah orang tua... Enggan jadi beban keluarga

SEKIRANYA kekal bujang tanpa pasangan hidup, pelakon Kenji Sawahi lebih rela tinggal di rumah kebajikan orang tua suatu hari nanti.

Bukan tiada adik-beradik yang mahu menjaganya namun Kenji atau Lim Boon Wah, 61, enggan menyusahkan sesiapa kerana mereka sendiri ada tanggungjawab terhadap keluarga masing-masing.

"Sekarang saya memang tinggal sendiri, kalau sudah tua nanti, saya bercadang jual semua harta dan bahagikan kepada ahli keluarga.

"Saya pilih untuk duduk di rumah kebajikan orang tua jika masih tidak bertemu jodoh. Saya tak mahu susahkan sesiapa, adik-beradik pun ada keluarga masing-masing," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Kenji tidak menolak sekiranya suatu hari nanti dia bertemu jodoh walaupun merasakan perkara itu sebagai mustahil.

Pun begitu, pelakon popular era 90-an ini bahagia hidup membujang dan tidak melihat ia sebagai satu masalah besar.

"Sekarang umur saya sudah 61 tahun, kalau kahwin nanti anak umur 20 tahun, saya sudah 80 tahun! Macam mana saya nak jaga dia

"Sekarang hidup bujang seronok, tak perlu 'punch card'... Kalau produksi panggil berlakon last minute pun saya boleh pergi sebab tidak ada tanggungjawab lain," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi