suria

Riak wajah ceria di mahkamah bukan emosi sebenar, pengurus dedah Fazura menangis hampir setiap malam

RAMAI meluahkan rasa pelik dengan pelakon Nur Fazura seolah-olah tidak berasa sedih apabila menunjukkan wajah ceria ketika menghadiri prosiding kes cerainya di mahkamah pada Rabu lalu.

Tampil mempertahankan aktres berkenaan, pengurusnya iaitu Iman Tang memberitahu emosi Fazura, 41, sebenarnya tidak stabil dan menangis hampir setiap malam apabila mengenangkan kemelut rumah tangga sedap dihadapi.

Susulan itu, Iman meminta netizen berhenti membuat sebarang spekulasi dan melemparkan tuduhan tidak benar terhadap aktres tersebut.

“Ada yang kata Fazura depan media boleh senyum dan kenapa tidak sedih, takkan lah dia mahu menangis. Kalau menangis orang kata dia itu pelakon (semestinya boleh berlakon sedih). Jadi, janganlah buat spekulasi.

“Sebenarnya Fazura itu setiap malam dia sedih. Kadang-kadang tengah malam kami berbual dan dia menangis.

“Dia sangat kuat tetapi bila kami bercakap (melalui telefon), dia tidak dapat tidur dan menangis,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, berkongsi mengenai tindakan saman oleh pihak Fazura, Iman memaklumkan bahawa mereka sedang mengenal pasti individu-individu yang menyebarkan berita palsu tersebut.

“Kami sedang tunggu pihak berkuasa untuk semak siapa di sebalik akaun itu. Masih belum diketahui berapa individu,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi