suria

Permohonan jadi pelakon tetap ‘Sepahtu Reunion’ ditolak, Man Raja Lawak sudah tawar hati

PELAWAK Man Raja Lawak sudah tawar hati untuk menyertai Sepahtu Reunion Live selepas permohonan menjadi pelakon tetap program berkenaan ditolak.

Man atau Abdul Rahman Kassim, 47, berkata, dia juga sudah tidak mahu terlibat dalam program berkenaan sekiranya dipanggil sebagai pelawak undangan selepas ini.

"Buat apa lagi nak masuk kalau orang kata saya ini macam peminta sedekah? Betul pada awalnya tapi kalau saya sahaja yang beria dan pihak sana macam tak berminat, tak boleh juga.

"Apabila tidak ada orang lain boleh naikkan rating, baru nak panggil saya. Baru nak mengharap dan terhegeh-hegeh," katanya kepada mStar.

Bagaimanapun kata Man, perkara itu bukan bererti dia berdendam dengan sesiapa sebaliknya menganggap ia bukan rezekinya.

Malah sentiasa terbuka bekerjasama dengan Sepahtu sekiranya ada peluang lain selepas ini.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi