suria

Dua bulan jadi vokalis Search, Pasya dedah sering sakit

BARU dua bulan menyertai kumpulan rock lagenda Search, penyanyi Pasya Mentor mendedahkan dia berdepan sedikit kesukaran untuk menyesuaikan diri pada permulaannya hingga menjejaskan tahap kesihatannya.

Berkongsi mengenai perkara itu, Pasya atau Faizul Asyraf Fauzi, 30, berkata kerana kesukaran untuk menyampaikan lagu kumpulan tersebut membuatkan dirinya mudah sakit.

“Yang saya lalui sepanjang dua bulan berada dengan kumpulan Search ni saya banyak mengalami kesukaran pada mulanya hingga sakit.

“Nyanyi lagu Search bukan senang, sebab tu sering sakit... nasib baik tak masuk hospital.

“Walaupun baru saja dua bulan tapi ahli Search banyak bantu saya dan berikan kepercayaan malah layan dengan baik serta tak anggap sebagai orang luar atau baru... Alhamdulilah macam keluarga,” kata Pasya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Pasya bersama Search bakal mengadakan persembahan di Konsert Rock Warrior Festival pada 23 dan 24 November depan di Kuala Lumpur Base Sungai Besi yang dianjurkan oleh Datuk Awie.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi