suria

Abby Abadi tak luah perasaan di media sosial, cuma tulis ‘quote’ tapi netizen buat andaian sendiri

PELAKON Abby Abadi menjawab dakwaan segelintir netizen yang menganggap dia sering meluahkan perasaan di media sosial demi meraih perhatian ramai.

Kata Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, dia sama sekali tidak pernah menganggap ia sebagai konten untuk meraih publisiti sebaliknya ia berlaku secara sendiri.

Malah Abby berkata dia tidak pernah meluahkan sebarang masalah berkaitan keluarganya di media sosial.

“Demi Allah saya tidak ada niat nak buat konten (mengenai masalah keluarga) atau apa pun. Ia hanya berlaku secara sendiri. Kalau nak ikutkan, tidak ada apa pun yang saya luahkan.

“Mereka ini hanya buat andaian sahaja. Benda yang saya muat naik itu pun saya hanya masukkan lagu dan juga petikan ayat sahaja. Orang yang menjangkakan benda lain. Itu baru sikit, banyak lagi yang sebenarnya saya simpan,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, meskipun pelbagai masalah menimpa keluarganya terutama membabitkan anak kedua iaitu Marissa Dania, Abby tetap meluahkan rasa syukur dan reda terhadap perkara yang berlaku.

“Saya masih bersyukur sebab anak-anak saya tidak pernah bercakap kasar dengan saya, tidak ada sikap yang negatif. Saya reda dengan apa sahaya yang berlaku,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi