suria

Gandingan menjadi, Govinda dan Ernie Zakri saling tumpang populariti... Berbeza penerimaan lagu di Indonesia

KUMPULAN berasal dari Indonesia iaitu Govinda menyangkal dakwaan mereka menggunakan populariti Ernie Zakri untuk menaikkan nama mereka di Malaysia.

Govinda berkata mereka sudah lama bekerjasama dengan penyanyi dari Malaysia dan tidak pernah menggunakan populariti mana-mana artis.

“Tidak kerana itu karya kami juga, kalau ingin berkata menumpang mereka pun menumpang kami, jadi sama- sama menumpang.

“Kami telah bekerjasama dengan penyanyi Malaysia itu sudah lama jadi tiada sedikit pun rasa ingin menumpang nama Ernie Zakri dan kami juga tak pernah rasa Ernie Zakri menumpang nama kami,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Govinda mengatakan terdapat perbezaan dalam penerimaan oleh pendengar Malaysia dan Indonesia terhadap karya-karya mereka.

“Sebenarnya ada perbezaan kalau di sini (Malaysia) kamu semua menganggap lagu Masing-Masing itu sangat puitis tapi kalau di Indonesia terbalik pula kerana mereka menganggap kata-kata dalam lagu kami itu biasa dan sering digunakan dalam kehidupan harian,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi