suria

“Main muzik macam tu ke bunyi, tak layak”... Izo kesal isu claim nama XPDC

PEMAIN gitaris Izo XPDC Militia kesal dengan konflik membabitkan dua kumpulan XPDC iaitu XPDC Peng Yu dan Real XPDC yang masih belum berkesudahan.

Mengulas mengenai perkara itu, gitaris XPDC iaitu Izo meminta supaya mereka berhenti untuk bertelagah demi meraih perhatian orang ramai.

“Kalau baring dengar lagu pun peminat boleh tahu mana satu XPDC sebab daripada muzik orang akan tahu, saya yang buat XPDC dan jaga kumpulan ini daripada mula dulu.

“Memang kesal sebab apa benda mereka ni bergaduh, tak malu ke? Main muzik pun tak sama macam XPDC... Ya Allah tak layak langsung jadi pemuzik, jadi macam mana nak cerita status layak nama XPDC tu,” kata Izo kepada mStar.

Sementara itu, Izo atau nama sebenarnya Mohd Zulkifly Nik Hussin, menegaskan berita mengenai individu yang mendakwa dirinya merupakan pengasas XPDC itu tidak benar dan minta pihak berkenaan tampilkan bukti sebelum mengeluarkan kenyataan.

“XPDC ni tak ada pun macam tu, menipu saja kata dia pengasas tapi yang datang menempal memang ada... kalau betul sangat cerita di mahkamah la buktikan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, XPDC bakal mengadakan persembahan di Konsert Rock Warrior Festival pada 23 dan 24 November depan di Kuala Lumpur Base Sungai Besi yang dianjurkan oleh Datuk Awie.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi