suria

Noki K-Clique nak cari sumber rezeki halal, cuba elak babak sentuh wanita

SEDANG mendekatkan diri kepada tuhan, penyanyi dan pelakon Noki K-Clique sedang mencuba untuk mengelak daripada bersentuhan dengan wanita dalam lakonannya.

Kata Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 29, ini kerana dia bimbang sumber pendapatannya itu tidak diberkat di sisi agama.

Aktor tersebut juga mengakui dia tidak hairan sekiranya terdapat pihak produksi enggan lagi mengambilnya untuk berlakon apabila mengenakan syarat berkenaan.

“Sekarang ini tawaran berlakon pun saya tidak buat lagi yang bercinta sebab saya tidak mahu bersentuhan. Kalau itu Islam, (bersentuhan) tidak boleh. Kita cari duit daripada sumber (berlakon). Jadi, tidak tahu ia halal ke haram.

“Kalau bersentuhan atau tarik-tarik mungkin boleh, tetapi kalau perlu letak perasaan (cinta), saya akan tolak. Tidak kisahlah kalau ada yang tidak mahu ambil berlakon lagi sebab saya tahu apa yang saya cakap itu betul,” katanya kepada mStar.

Selain itu, Noki juga mengakui sejak dirinya mendekatkan diri kepada agama, sikap panas barannya kini semakin berkurang dan lebih banyak bersabar.

Dalam perkembangan lain, Noki merupakan salah seorang pelakon dalam filem Reeza GTR yang bakal ditayangkan di seluruh Malaysia pada 17 Oktober depan.

Filem yang menggabungkan tiga genre iaitu aksi, komedi dan romantik itu turut dibintangi oleh Sophia Albarakbah, Alif Satar, Ropis, Yassin, Nelissa Nizam dan Eizlan Yusof.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi