suria

Idea sempena ulang tahun ke-40 Wings, Awie mahu nyanyi depan banduan dalam penjara seluruh Malaysia

BAGI meraikan ulang tahun ke-40 kumpulan Wings tahun depan, penyanyi Datuk Awie memberitahu mereka bakal mengadakan siri jelajah di 49 penjara seluruh Semenanjung Malaysia.

Kata Awie atau Ahmad Azhar Othman, 56, mengikut perancangan siri jelajah itu akan diadakan tahun depan dan persembahan secara tertutup itu dianjurkan untuk menghiburkan peminat dalam kalangan banduan.

“Kami sudah ada perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hampir dua bulan, nak minta sokongan dan lesen, mereka sangat teruja dengan idea ini dan saya rasa ini masanya untuk Wings balas balik jasa masyarakat kepada kami.

“Kesempatan yang kami ada ni jadi berilah peluang kami untuk menghiburkan banduan serta berikan sedikit kata-kata kepada banduan supaya bagi mereka tahu bahawa golongan artis juga peduli dengan mereka.

“Mungkin dengan sedikit nasihat dan kata-kata boleh berikan impak kepada mereka yang berada didalam penjara dan ini merupakan salah satu kerja amal yang ingin kami lakukan,” kata Awie kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi