suria

Selepas 8 tahun bawa haluan sendiri, tak mungkin JoBranko kembali ke pangkuan Wings

PEMUZIK dan gitaris JoBranko tidak akan kembali ke pangkuan Wings selepas lapan tahun meninggalkan kumpulan tersebut.

Jo atau Abdul Zamin Abdul Kadir, 54, berkata, selain masing-masing sudah membawa haluan sendiri, tumpuannya sekarang adalah bersama kumpulannya iaitu Barbarik.

"Masing-masing sudah ada hala tuju sendiri. Dia (Awie) dengan Wings, saya pula bersama Barbarik.

"Kenapa saya perlu kembali ke sana? Rasanya tidak akan (berlaku). Masing-masing pun sudah berusia," katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai isu di antara mereka kembali kecoh, Jo memberitahu dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Malah isu dia menolak tawaran muncul di Rock Warrior Music Festival (RWMF) anjuran Rumah Merah Entertainment milik Awie bukan bersifat peribadi.

Sebaliknya kata Jo, Barbarik menolak kerana tidak mencapai persetujuan tentang bayaran dan langsung tidak membabitkan hal peribadi.

Dalam perkembangan lain, JoBranko telah dilantik menjadi duta gitar keluaran Gibson pada 2 Oktober lalu dan akan menjalinkan kerjasama selama setahun.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi