suria

Dafi tak pernah sentuh barang terlarang, badan cengkung sebab jaga kesihatan

PERUBAHAN fizikal penyanyi Dafi yang kelihatan cengkung membuatkan ramai bimbang dengan keadaan kesihatannya.

Malah ada menuduh Dafi atau Gaddafi Ismail Sabri, 36, mengambil barang terlarang sehingga membuatkan dia kelihatan kurus.

Menyangkal dakwaan jahat itu, Dafi sebaliknya menjelaskan dia hanya mengamalkan diet seimbang selain kerap bersenam.

“Selagi saya tak buat perkara tu dan ambil barang itu tak perlu risau pun sebab orang nak komen apa pun silakan.

"Saya memang diet sebab mahu menjaga kesihatan apatah lagi usia pun semakin meningkat.

"Apa orang nak kata itu hak mereka dan Alhamdulillah saya ada kebolehan bertahan melayan atau membalas setiap kritikan dilemparkan terhadap saya," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi