USAHAWAN dan pempengaruh media sosial Iddin Syah serik memberi pinjam wang kepada orang lain selepas insiden ditipu rakan sendiri sebelum ini.
Iddin atau Muhammad Iddin Syah Mohd Fauzi, 29, berkata, kejadian lalu membuatkan dia lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai orang lain terutamanya berkaitan wang.
"Fobia itu memang ada malah saya jadi takut nak rapat dengan orang lain. Apa yang berlaku sebelum ini menjadi pengajaran sampai takut nak bagi orang pinjam duit.
"Saya memang dah berhenti beri sesiapa pinjam duit tak kisah keluarga atau pun kenalan rapat," katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, Iddin meluahkan rasa syukur apabila produk keluarannya iaitu ESW bakal dipasarkan ke beberapa buah negara termasuk Qatar, Indonesia, Brunei dan Nigeria.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI