suria

Ada pihak provokasi soal zuriat, Izzue Islam minta doa dan bukan soalan mengguris hati

PELAKON Izzue Islam berharap orang ramai berhenti bertanya tentang soal anak kerana dia tidak mempunyai kuasa terhadap perkara itu.

Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, 34, sebaliknya berkata, perkara itu terletak kepada soal rezeki daripada Allah dan dia hanya mampu memanjatkan doa agar diberikan zuriat suatu hari nanti.

"Dalam podcast itu saya ada beritahu jangan sesekali persoalkan tentang anak sebab anak ini rezeki daripada Allah. Kalau ada Alhamdulillah, kalau tiada maknanya belum rezeki saya dan isteri.

"Nak tanya tiada masalah cuma bergantung pada situasi dan lebih baik doakan saya dan isteri supaya cepat mendapat cahaya mata," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Izzue berkata, dia tidak terkesan dengan pertanyaan dan tohmahan netizen walaupun ada segelintir pihak cuba membuat provokasi terhadapnya.

"Biasanya saya abaikan saja tapi ada segelintir yang bertanya seolah-olah mahu mencetuskan persoalan dan mahu menjadikan ia sebagai isu besar," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi