suria

Riz Amin terkejut buka IG anak, ada orang berani hantar mesej ‘pelik’... Nasib memang kawal penggunaan gajet

PELAKON Riz Amin mendedahkan terdapat beberapa individu pernah menghantar mesej kurang menyenangkan kepada anak perempuannya yang baru berusia sembilan tahun di Instagram.

Bagaimanapun Riz atau Norizam Amin Nordin, 39, berkata, dia sempat memadam mesej tersebut kerana tidak mahu anaknya terdedah atau terpengaruh dengan perkara negatif selain menjadi mangsa 'grooming' golongan pedofilia.

"Sejujurnya saya dan isteri memang kawal penggunaan gajet anak-anak dengan menghadkan sekali pada hujung minggu.

"Kami benarkan mereka ada Instagram tapi kami kawal dan disambungkan ke akaun kami. Saya ada juga tengok mesej-mesej yang dihantar.

"Setiap hari ada sahaja mesej-mesej aneh dihantar dan memang saya akan padam dan sekat sebelum anak tengok," katanya kepada mStar.

Selain mengawal penggunaan gajet dan media sosial, Riz dan isteri iaitu Sharifah Fazlina Syed Fuad turut mengambil tahu berkenaan pergaulan anak-anak mereka.

"Mereka rapat dengan anak-anak jiran dan Alhamdulillah setakat ini tiada masalah sebab kawan-kawannya semua okay.

"Tapi sebagai ibu bapa kita memang kena pantau dengan siapa mereka berkawan dan sebagainya," jelasnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi