suria

Artis senior perlu bagi sokongan kepada bakat baharu, tak salah berangan menang Oscar

PELAKON Naim Daniel menyokong impian dan hasrat mana-mana pelakon yang ingin mengenggam trofi di anugerah Oscar.

Kata Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, kehadiran bakat baharu ini akan menyerikan lagi industri seni tanah air dan memberikan saingan sihat untuk lebih bergerak kehadapan.

“Saya rasa tak baik kita memperkecilkan impian orang sebab semua benda tak mustahil, mungkin orang kata mimpi itu percuma tapi kalau kita tak mimpi siapa lagi nak mimpi kan.

“Saya berdoa setiap hari untuk saya suatu hari nanti sudah menjadi otai, saya tak mahu rasakan usaha orang lain itu kecil,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Naim berkongsi kegembiraan memenangi Asian Academy Creative Award 2024 bagi katogeri pelakon utama terbaik peringkat nasional.

“Sebenarnya perkara yang sebegini membuatkan saya lebih bersemangat nak berkarya lagi, saya rasa semua ini sokongan rakan-rakan dan media, kalau saya hebat pun orang sekeliling yang menampakkan saya hebat,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi