suria

“Ini mahal tau!” - Dol's Podcast masuk billboard, muka 4 hos terpampang tepi jalan

BARU tiga bulan bersiaran menerusi program Dol’s Podcast, pelawak Shuib Sepahtu terkejut kerana penerimaan penonton terhadap program kendaliannya itu sangat luar biasa.

Shuib atau Shahmira Muhammad, berkata mereka mempunyai perancangan yang besar untuk Dol’s Podcast malah ingin merancakkan lagi dunia podcast memandangkan sekarang ini mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penonton.

“Kami nak jadikan podcast ni satu industri hiburan baru yang seronok untuk diterokai, kami nak kembangkan dunia podcast terutamanya di Malaysia sebab itulah program kami selalu keluarkan idea yang gila-gila.

“Malah sekarang saya boleh cakap Dol’s Podcast adalah program pertama yang ada papan iklan (bilboard) dan harga bukannya murah cecah ratus ribu ringgit untuk iklan ini,” kata Shuib kepada mStar.

Menjawab kritikan segelintir netizen mengenai dakwaan sengaja membuka aib artis jemputan yang hadir, Shuib menafikan dakwan itu malah meminta netizen memandang daripada sudut positif terhadap pengisian yang ingin disampaikan.

“Susah nak puaskan hati semua orang sebab tiada nak buka aib sesiapa sebab semuanya atas persetujuan kedua-dua pihak sebelum disiarkan, kami ambil maklum segala komen dan boleh nak kecam tapi kecam secara ilmiah,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Dol’s Podcast kini muncul di papan iklan (billboard) sekitar Kuala Lumpur dengan empat lokasi berbeza iaitu Jalan Loke Yew, Jalan Sri Hartamas, Jalan Tun Razak dan Midvalley.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi