suria

Ellie Suriaty tak setuju cara Fazura dedah hal rumah tangga, puji Fattah terlalu baik orangnya

PELAKON dan pengarah Ellie Suriati menyifatkan tindakan Nur Fazura membuat pendedahan mengenai kemelut rumah tangga adalah tidak wajar memandangkan ada perjanjian mahkamah untuk tidak memburukkan pasangan.

Ellie atau Ellie Suriaty Omar, 54, berpendapat sepatutnya segala rahsia rumah tangga disimpan dengan baik demi menjaga maruah masing-masing meskipun sudah berpisah.

“Sangat terkejut sebab sama-sama sudah tanda tangan untuk janji jaga aib dan itu perkara yang sangat positif, sepatutnya kena menghormati pihak mahkamah.

“Saya dulu dengan bekas suami berpisah dengan baik kerana memikirkan soal anak kami memandangkan anak saya sudah besar. Saya langsung tidak buka aib bekas suami,” kata Ellie kepada mStar.

Dalam pada itu, Ellie memberitahu ramai artis tampil memberikan sokongan kerana mereka bersimpati dengan nasib menimpa Fattah Amin itu.

“Ramai rakan artis berpihak kepada Fattah kerana pengalaman bekerja dengan dia dan tahu sikap peribadinya orang yang bagaimana, jadi macam satu sokongan semangat buat Fattah,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi