suria

Meremang lelaki kata rindu, Shahir Zawawi jauhkan diri kalau rasa ‘lain macam’

BERDEPAN pengalaman hampir menjadi mangsa gangguan seksual sewaktu belajar di sekolah, penyanyi Shahir akui dirinya masih dibelenggu trauma.

Kata Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi, 36, dia sendiri melihat kejadian gangguan seksual di hadapan mata sehingga membuatkan dirinya trauma dan lebih berhati-hati.

“Saya tak nak kaitkan mana-mana individu terutamanya dengan isu melibatkan agama ini semua tapi saya sendiri pernah lalui dan nampak dipersekitaran waktu pembesaran dulu.

“Saya tidak pernah menjadi mangsa tapi ada juga percubaan untuk mendekati dan nampak kearah ganggual seksual, malah ada juga salah seorang mangsa pernah mengaku ada segelintir ustaz atau tenaga pengajar yang mengajar mereka untuk melakukan perkara itu.

“Keluarga saya tahu mengenai perkara ini dan ada juga bercerita juga kejadian yang menimpa saya, kesan daripada kejadian itu saya lebih takut untuk dekati orang dan boleh tahu orang rapat dengan saya memang ikhlas atau sebaliknya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi