suria

Fasha Sandha sentiasa utamakan Aidil, kongsi tip rumah tangga... “Apabila jadi isteri, kita dibawah suami”

TIDAK memandang perihal sekutu ataupun sama taraf sebagai masalah untuk mengekalkan rumah tangga, pelakon Fasha Sandha memaklumkan perkara utama membuatkan dia bahagia adalah sentiasa mengutamakan suaminya Aidil Aziz.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 40, berkata, sebagai seorang isteri dia sentiasa menghormati dan berbincang dengan Aidil untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

“Sekufu atau tidak itu adalah nombor dua. Apabila jadi isteri, kita dibawah suami walaupun lebih kaya, berharta dan juga berjaya. Itu adalah apa yang saya lakukan.

“Saya akan pastikan yang saya utamakan dan hormat dia. Kalau tidak sependapat, kami akan cari jalan untuk selesaikan masalah dan salah seorang mengalah,” katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai kemelut yang melanda di antara sabahatnya iaitu Fazura dan Fattah Amin, Fasha berkata dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka.

Mengaggap Fazura sebagai seorang wanita dan ibu yang kuat, Fasha yakin segala perkara yang dilakukan aktres tersebut mempunyai sebab tertentu.

“Sebagai seorang sahabat, saya mendoakan yang baik-baik buat Fazura dan Fattah Amin. Saya hilang kata-kata dan terkejut dengan apa yang terjadi. Kita tidak tahu mungkin apa yang berlaku sekarang ini, mereka akan rapat satu hari nanti, itu semua doa.

“Setiap orang yang buat sesuatu itu pasti ada sebab. Saya anggap Fazura sebagai wanita yang kuat walaupun dikecam. Seorang ibu ini ada kekuatan yang luar biasa. Beri mereka (Fattah dan Fazura) ruang untuk lebih bertenang,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi