suria

Sokongan luar biasa... Aina Abdul akui perjalanan seni tak mudah, terus hidup kerana peminat

PENYANYI Aina Abdul mengakui peminat merupakan tonggak utama kejayaannya dalam karier seni.

Malah kata Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, ketika dirinya berasa sedih dan berada di fasa terendah, peminat yang banyak memberi sokongan dan semangat untuk dia kembali bangkit.

“Sebab utama saya lakukan (menyanyi) ini adalah kerana peminat saya. Ada banyak hari yang rasa rasa ‘down’ tetapi mereka yang naikkan kembali semangat saya. Mereka kekuatan saya.

“Ainations adalah tunggak utama saya dalam kerjaya ini. Saya nak cakap terima kasih sebab sokong saya, bagi kata semangat. Terima kasih kerana sentiasa cakap benda yang baik-baik,” katanya.

Ditanya mengenai ada yang mengecamnya, Aina berkata, peminat sebenar adalah mereka yang sentiasa menyokong setiap perjalanannya.

“Peminat yang betul adalah mereka yang sentiasa menyokong pilihan, karya saya. Dan kalau ada yang tidak bagus, mereka akan mesej saya dan cakap dengan baik,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi