suria

[V] Aliff Aziz dan Ruhainies elak soalan media, tergesa-gesa tinggalkan mahkamah selepas prosiding kes khalwat

PELAKON kontroversi Aliff Aziz dan Ruhainies memilih untuk berdiam diri tanpa memberikan sebarang komen sejurus selesai prosiding kes khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Kedua-dua mereka langsung tidak mengendahkan soalan daripada pengamal media yang menunggu sehingga prosiding itu selesai.

Malah, pasangan pelakon drama Terjerat ini juga dilihat tergesa-gesa meninggalkan mahkamah.

2968805

Ruhainies dan Aliff langsung tidak mengendahkan soalan wartawan.

Mereka sebelum itu dipercayai memasuki ruangan pejabat mahkamah bagi urusan berkaitan kes berkenaan.

Aliff dan Ruhainies kemudian beredar sekitar pukul 11.20 pagi menaiki kenderaan berbeza.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan dua hari, iaitu 20 dan 27 Februari tahun depan bagi perbicaraan kes khalwat mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz tenang hadir mahkamah kes khalwat, Ruhainies mohon doa

ARTIKEL BERKAITAN: Perbicaraan kes khalwat Aliff Aziz dan Ruhainies ditangguh tahun depan

Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh-tarikh yang dicadangkan.

Kedua-dua mereka diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani.

Pada prosiding 3 Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan hakim dan minta dibicarakan berhubung kes khalwat pada 9 Mac lalu ketika pertuduhan dibacakan.

Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

2968789

Ruhainies dan Aliff dicekup berkhalwat pada 9 Mac lalu.

Pada 9 Mac lalu, media melaporkan Ruhainies dan Aliff dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Susulan kes terbabit, Aliff dan bekas isterinya, Bella Astillah yang mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.

Mereka dikurniakan dua anak iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain