suria

Aliff Aziz tenang hadir mahkamah kes khalwat, Ruhainies mohon doa

Aliff dan Ruhainies ketika tiba di mahkamah.

PENYANYI Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi perbicaraan atas pertuduhan kes khalwat kira-kira pukul 9.30 pagi, Khamis.

Aliff yang hadir berpakaian hitam berseluar kelabu, manakala Ruhainies mengenakan jubah merah jambu hanya tersenyum ketika disapa media.

Kedua-dua mereka hadir ke mahkamah bersama peguam syarie, Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani serta diiringi tiga pengawal peribadi.

ruhainies 2

Ruhainies dan Aliff berdepan dakwaan berkhalwat.

Ruhainies atau nama lengkap, Nur Ruhainies Farehah binti Zainul Ilyas, 32, mengharapkan prosiding hari ini dipermudahkan.

“Mohon doakan yang baik-baik,” katanya kepada mStar.

Dalam prosiding yang berlangsung pada 3 Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan berhubung kes khalwat pada 9 Mac lalu ketika pertuduhan dibacakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz, Ruhainies tenang hadir mahkamah kes khalwat, minta doa dipermudah urusan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aliff Aziz, Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat

Aliff dan Ruhainies membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Abu Suffian Abu Yaziz.

Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

ruhainies 3

Kedua-dua mereka sebelum ini mengaku tidak bersalah.

Pada 9 Mac lalu, media melaporkan Ruhainies dan Aliff dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Aliff dan bekas isterinya, Bella yang mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.

Mereka dikurniakan dua anak iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain