suria

Ibu dedah kisah sebenar pergaduhan... Kesal sikap biadab Qistina Raisah curah air ke muka Arnie Shasha

Qistina bertindak mecurah air ke muka Shasha kerana tidak dapat mengawal kemarahan.

SEJAK Ahad media sosial kecoh dengan penularan video pergaduhan dipercayai melibatkan dua pelakon remaja iaitu Qistina Raisah dan Arnie Shasha dalam kejadian di tempat letak kereta, sebuah pasar raya.

Menerusi rakaman tersebut, Qistina atau Nur Qistina Raisah Mohd Kamarolazari, 16, dilihat mencurah air ke muka Arnie, 19, selepas berlaku pertengkaran di antara mereka.

Menjelaskan mengenai perkara tersebut, ibu dan pengurus Qistina iaitu Roszana Aminuddin tidak menolak sangkaan umum bahawa remaja dalam video tersebut ialah anaknya.

Copy of Untitled - 2024-10-14T145620.816

Video pergaduhan Qistina dan Arnie tular di media sosial.

Jelas Roszana, pada awalnya kedua-dua remaja itu bertemu bagi menyelesaikan salah faham yang berlaku di antara mereka.

Namun Qistina bertindak mencurah air ke wajah Arnie selepas gagal mengawal kemarahannya.

"Qistina mengajak Arnie berjumpa untuk berbincang isu yang berlaku di antara mereka dan mahu menyelesaikannya secara baik.

"Saya juga ada di tempat kejadian cuma berdiri jauh untuk beri laluan kepada mereka berbincang. Tahu-tahu mereka sudah bergaduh dekat tempat letak kereta.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu hati ibu tengok Qistina Raisah berterusan kena kecam, netizen asyik ungkit cerita lama

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Arnie Shasha tak guna kabel ibu bintangi ‘Harum Malam’, tetap kena uji bakat

"Saya tidak tahu apa Arnie cakap pada anak saya sehingga dia begitu marah," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Sebagai ibu, Roszana tidak bersetuju dengan tindakan Qistina mencurah air ke wajah Arnie dan menyifatkan perbuatan itu sebagai tindakan biadab.

Bagaimanapun katanya, dia percaya tindakan dilakukan Qistina pasti mempunyai sebab kerana anaknya itu bukan seorang yang cepat melenting.

"Bagi saya tindakan itu biadab dan saya nasihatkan dia untuk banyak bersabar tetapi remaja berdarah muda ini, saya tak boleh halang dan apa dia cakap pun betul... Sampai bila dia nak dibuli?

Saya kenal anak saya bukan cepat melenting dekat orang lain.

ROSZANA AMINUDDIN

IBU QISTINA RAISAH

"Saya kenal anak saya bukan cepat melenting dekat orang lain. Apa orang cakap dia selalu sabar dan tidak melawan.

"Mentang-mentang dia bawah umur tapi itu bukan bermaksud orang boleh buat sesuka hati," katanya kesal.

Mengulas lanjut mengenai punca pergaduhan mereka, Roszana memberitahu persahabatan dua remaja itu sudah lama bermasalah.

Salah faham di antara mereka bertambah buruk apabila Arnie bertindak memuat naik foto memaparkan wajah Qistina diconteng menyerupai makhluk lain.

Copy of Untitled - 2024-10-14T145803.922

Tindakan Arnie memuat naik gambar Qistina yang diconteng mengundang kemarahan pelakon itu.

"Mereka sebelum ini berkawan rapat tetapi jarang tunjuk di media sosial. Saya perasan mereka sudah lama tak berjumpa sebab masing-masing sibuk.

"Sepatutnya Arnie tak perlu muat naik gambar siap conteng muka Qistina dengan lukisan tanduk kiri dan kanan.

"Kalau tak puas hati selesaikan senyap-senyap tak perlu bagi semua orang tahu.

"Arnie sepatutnya tunjuk contoh baik sebab dia lebih berusia daripada Qistina, berbincang masalah mereka elok-elok," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain