suria

Kes pukul bekas isteri Hafidz Roshdi diteruskan, hakim perintah Nurul Shuhada hadir perbicaraan 

Perbicaraan kes pukul bekas isteri Hafidz Roshdi diteruskan pada Januari tahun depan.

BEKAS isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada diminta hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu bagi perbicaraan kes pukul melibatkan dirinya.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri memerintahkan perkara tersebut untuk perbicaraan kes berkenaan yang ditetapkan pada 20 Januari 2025.

Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya iaitu Eirene Nabila Amani Williams Hunt memberitahu perbicaraan kes tersebut diteruskan selepas permohonan representasi dibuat tertuduh kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) ditolak.

Susulan itu, peguam Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berharap Shuhada sebagai pengadu akan hadir pada perbicaraan itu nanti agar kes dapat diselesaikan dengan segera.

2797060

Mahkamah memerintahkan Shuhada hadir ke perbicaraan kes membabitkan bekas suaminya tahun depan.

"Shuhada bersetuju menarik semula laporan polis yang dibuat. Shuhada kena datang ke mahkamah untuk sahkan perkara itu.

"Jika itu berlaku, ia dapat menjimatkan masa semua pihak dan kes boleh diselesaikan," katanya kepada pemberita.

Akberdin mengulas perkara itu ketika ditemui selepas prosiding kes tersebut selesai di Mahkamah Kuala Kubu Bharu pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Puas hati bekas isteri tarik balik kes pukul, kesihatan mental Hafidz Roshdi sudah pulih

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hafidz Roshdi perlu naik mahkamah lagi, kes pukul bekas isteri belum selesai

Dalam pada itu, ketika prosiding berlangsung Akberdin juga menegaskan kepada mahkamah pihak tertuduh dan pengadu bersetuju menyelesaikan kes tersebut secara baik di luar mahkamah.

Malah Akberdin juga meminta mahkamah meneliti semula dokumen tersebut berhubung penyelesaian termasuk ganti rugi dipersetujui kedua-dua belah pihak.

"Dokumen telah dikemukakan dan pihak kami memohon mahkamah untuk menelitinya. Dokumen juga sudah dihantar kepada pengadu," ujarnya.

Pada 13 Ogos lalu, mahkamah menetapkan perbicaraan kes pukul Hafidz diteruskan selepas pihak pendakwaan walaupun Shuhada telah menarik balik laporan terhadap tertuduh.

Copy of Untitled - 2024-10-14T121613.590

Hafidz bersama peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Shuhada menarik semula laporan tersebut pada 6 Julai lalu secara sukarela dan tanpa paksaan mana-mana pihak.

Bekas isteri Hafidz itu dan dua anak mereka iaitu Humairah dan Umar sudah berhijrah ke Melbourne, Australia sejak pertengahan Julai lalu.

Mengikut pertuduhan Hafidz didakwa menumbuk Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pukul 3.22 pagi pada 2 Mac 2023.

2855961

Shuhada bersama anak-anak kini menetap di Melbourne, Australia.

Sementara itu, Hafidz ketika ditemui mStar enggan mengulas mengenai kes tersebut termasuk tindakan Shuhada membawa anak-anaknya berhijrah ke luar negara.

"Tiada komen," katanya ringkas.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan sah bercerai talak satu pada Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain