suria

Emma Maembong dedah sudah bercerai, selesai jalani tempoh idah

Emma mengakui sudah bercerai dengan suami.

PELAKON Emma Maembong mendedahkan dia dan suami iaitu Muhammad Shazli Azhar sudah pun bercerai secara baik.

Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 32, berkata, dia juga sudah tamat melalui tempoh idah dan enggan memilih merahsiakan berita penceraian tersebut kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Kata Emma, tujuannya masih memuat naik foto bersama bekas suami hanyalah kerana memikirkan tentang anak-anak mereka.

"Sebenarnya tujuan saya masih memuat naik foto bersama bekas suami di Instagram hanyalah untuk menjaga emosi anak-anak supaya mereka tidak terkesan dengan perpisahan ini.

553

Emma sudah tamat menjalani tempoh idah.

"Saya nak anak-anak saya melihat keluarganya masih bahagia," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Dalam pada itu, Emma memberitahu meskipun sudah bercerai, dia dan bekas suami tetap menjalinkan hubungan baik demi membesarkan kedua-dua cahaya mata mereka.

Kongsi Emma, dia mengakui bukan mudah untuk menjalani kehidupan berumah tangga dan menganggap ujian yang diterima ini sebagai satu hikmah menjadi individu lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dituduh terlibat dalam aktiviti ‘swinger’, Emma Maembong malas layan - “Saya dan fitnah macam bestfriend”

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat obses hantar mantera sihir, 4 tahun Emma Maembong berdepan gangguan misteri

"Saya akui perkahwinan ini bukan satu perjalanan yang mudah. Banyak dugaan perlu ditempuh. Walaupun sudah tidak bersama, hubungan kami masih baik.

"Masing-masing terima perceraian ini dengan berlapang dada dan matang. Kami juga anggap dugaan ini sebagai satu proses memperbaiki diri menjadi lebih baik.

"Fokus kami sekarang adalah membesarkan anak dengan sepenuh kasih sayang. Walaupun sudah tidak bersama, kami akan tetap buat aktiviti keluarga bersama-sama dengan dua cahaya mata kami," ujarnya.

Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Shazli pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 4, dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain