suria

Emma Maembong dan bekas suami tak bermusuh, bercerai bukan penamat segalanya

Emma memaklumkan sudah bercerai dengan Shazli.

DEMI menjaga kesihatan mental anak-anak, pelakon Emma Maembong memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penceraiannya dengan bekas suami iaitu Muhammad Shazli Azhar.

Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 32, sebaliknya berharap kisah keruntuhan rumah tangganya itu tidak lagi diperdebatkan.

"Kami berharap semua pihak tidak memanjangkan berita penceraian ini dan tidak mereka cerita tidak benar.

"Memandangkan hubungan kami baik-baik sahaja, apatah lagi kesihatan mental anak-anak adalah keutamaan kami sebagai ibu bapa.

Emma tidak mahu isu penceraiannya dibesarkan.

Emma tidak mahu isu penceraiannya dibesarkan.

"Bercerai tidak semestinya perlu bermusuh dan bukanlah penamat segalanya," katanya.

Emma berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Emma turut memohon agar dia dan Shazli diberi ruang fokus dalam membesarkan dua cahaya mata mereka.

Kongsi pelakon drama Takdir Itu Milik Aku ini, dia juga berterima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang situasi dihadapi dan berharap agar orang ramai mendoakan terbaik buat mereka sekeluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong dedah sudah bercerai, selesai jalani tempoh idah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dituduh terlibat dalam aktiviti ‘swinger’, Emma Maembong malas layan - “Saya dan fitnah macam bestfriend”

"Ajal, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah adalah perancang terbaik.

"Sekali lagi kami berdua memohon diberikan ruang privasi untuk kami membesarkan kedua-dua anak lelaki kami.

"Terima kasih kerana memahami situasi dan keadaan kami. Mohon doakan terbaik buat kami sekeluarga," ujarnya.

Tambah Emma lagi, pada awalnya dia dan bekas suami tidak berhasrat untuk mengumumkan tentang penceraian tersebut namun bagi mengelakkan fitnah mereka terpaksa melakukan hal yang demikian.

"Jika diikutkan kami tidak mahu mengumumkan mengenai penceraian ini kerana enggan memanjangkan isu.

"Namun bagi mengelakkan sebarang fitnah, kami sama-sama bersetuju untuk memaklumkan penceraian ini," katanya.

Emma mahu fokus membesarkan anak-anak.

Emma mahu fokus membesarkan anak-anak.

Pada Isnin, Emma mendedahkan dia dan suami sudah bercerai secara baik.

Kata Emma, dia juga sudah melalui tempoh idah dan memilih merahsiakan berita penceraian tersebut kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Shazli pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 4, dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain