PELAKON Datuk Rosyam Nor menegaskan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita yang didakwa melempar fitnah terhadapnya di media sosial.
Rosyam atau Mohamed Nor Shamsuddin, 57, ketika dihubungi mStar berkata dia kini sedang berbincang dengan peguamnya dan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat berikutan fitnah yang tersebar.
"Saya akan buat laporan polis," jawabnya ringkas.
Video podcast Rosyam kembali tular di media sosial.
Sebelum itu, pelakon filem Memoir Seorang Guru ini memuat naik sebuah hantaran di Instagram miliknya pada pagi Rabu dengan memaparkan kenyataan fitnah yang dibuat oleh wanita tersebut.
Menerusi perkongsian itu tertulis kenyataan seolah-olah aktor berkenaan pernah menasihati pelakon Fattah Amin sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
"Fattah patut tahu dari awal dengan siapa dia nikah. Aku dah tegur dulu - Rosyam Nor," tulis wanita itu yang membuat tuduhan terhadap Rosyam pada hantaran yang telah pun dipadamkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Rosyam Nor tak layan pembuli siber, pesan ingat akhirat sebelum berkata-kata
ARTIKEL BERKAITAN: Usia bukan penghalang, Rosyam Nor akan terus berlakon filem aksi
Berang dengan tuduhan dibuat, Rosyam memberi amaran akan mengheret pengguna media sosial tersebut ke muka pengadilan.
"Korang tunggu aku seret korang pergi mahkamah! Buat fitnah, aibkan orang," ujarnya.
Selepas penceraian Fattah bersama pelakon Fazura pada 7 Oktober lalu, tular semula rakaman video podcast Rosyam yang membincangkan topik tentang seorang isteri akan mula memandang rendah terhadap suami jika mereka memiliki lebih kekayaan.
Namun, dalam perbincangan itu, Rosyam tidak menganggap semua wanita berperangai begitu tetapi mendakwa kebanyakannya bersikap demikian.
Topik itu tiada kena mengena dengan senario kisah artis yang terpalit isu rumah tangga sebaliknya sekadar lontaran secara umum.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!