KONFLIK rumah tangga yang berakhir dengan perceraian bertalak satu antara pasangan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin bagaikan kejutan apabila perkara yang tidak disangka-sangka akhirnya sampai ke pengetahuan umum. Sebelum ini Fazura mengambil pendekatan mengunci mulut setiap kali ditanya kenapa dia bertindak memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu dan dia sebaliknya berkata, tiada persefahaman sebagai puncanya. Begitu juga Fattah, memberi jawapan serupa. Tapi itu kisah sebelum bercerai. Fazura dedah cerita buruk tentang Fattah pada umum selepas sah bercerai. Namun, selepas tujuh tahun bahtera rumah tangga yang dibina bernoktah, lain pula jadinya apabila satu demi satu masalah yang sebelum ini menjadi rahsia, didedahkan kepada umum apabila Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, membuka mulut mengenainya. Mengikut perjanjian yang dipersetujui, perceraian ini perlulah berjalan dengan baik tanpa kedua-dua pihak membuka aib masing-masing. Fattah yang mulanya kelihatan tenang, terpancar raut wajah tekejut apabila diajukan wartawan dengan soalan berdasarkan pendedahan Fazura itu. Malah Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, sesekali dilihat sebak apabila bercakap soal anak mereka Nur Fatima Aisya, 4, selain menafikan segala tuduhan Fazura terutama apabila menyentuh kegagalannya menjadi suami dan bapa yang bertanggungjawab. ARTIKEL BERKAITAN: Fazura boleh kena penjara hina mahkamah... Mungkir janji ‘londeh’ keburukan Fattah ARTIKEL BERKAITAN: Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu “Tuduhan (curang) itu palsu, tiada isu curang, kalau dia nak teruskan fitnah, tanggunglah dosa,” tegas Fattah, satu luahan yang benar-benar menikam kalbu. Siapa benar? Siapakah yang bersalah? mStar rangkumkan lima perkara yang dibangkitkan menerusi kenyataan kedua-dua pihak sejurus selesai hal perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin. Lafaz cerai Fattah terhadap Fazura dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malek Soleh kira-kira pukul 9.45 pagi. Fazura hadir bertemankan peguam dan enam orang ‘bodyguard’ sementara Fattah pula muncul bersama peguam dan ibu bapanya. Tuduhan (curang) itu palsu, tiada isu curang, kalau dia nak teruskan fitnah, tanggunglah dosa, FATTAH AMIN PELAKON Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun. 1.Kononnya Fattah berlaku curang dan tidak pernah berubah? FAZURA: Punca yang saya tak boleh terima sebab Fattah berlaku curang dan saya ada bukti. Semua tahu saya sayangkan Fattah, demi Allah. Saya cuba bersabar dan memaafkan dia selama ini tapi dia tetap sama tak berubah. FATTAH: Saya nafikan! Tiada isu berlaku curang, kalau dia teruskan memfitnah saya seperti itu, tanggunglah dosa tu. Malah peguam Fazura pun cakap tiada kes curang tapi kenapa dia tiba-tiba kata ada kes curang? Punca cerai seperti difailkan sebelum ini, kami tiada persefahaman itu sahaja. Hubungan rumah tangga Fazura dan Fattah berakhir dengan penceraian. 2. Fazura dakwa Fattah tiada inisiatif mahu pujuk dan baiki hubungan rumah tangga mereka. FAZURA: Sudah dua bulan tak tinggal sebumbung. Dalam tempoh itu saya harap dia datang pujuk bersungguh-sungguh. Dalam keadaan hati remuk saya harapkan semua itu. Kalau datang mungkin saya akan berlembut hati. Tapi tiada inisiatif yang benar-benar untuk pujuk. Jadi saya tahu dia tidak sayangkan saya lagi. FATTAH: Kalau berani tunjuk WhatsApp. Saya datang rumah tapi dihalang tak boleh masuk rumah sampai tahap macam tu. Saya usaha cuba hubungi dia hampir setiap hari, tapi panggilan dibuat tak pernah angkat dan bila (hantar) mesej WhatsApp susah nak balas. Pujuk ini tak akan menjadi kalau hanya dari sebelah pihak, usahalah macam mana sekalipun kena ada dua-dua pihak berusaha pulihkan keadaan. Saya masih sayangkan dia sebagai insan yang pernah hadir dalam hidup saya. Fazura dakwa Fattah berlaku curang dan tidak beri nafkah. 3. Fattah didakwa sudah lama abaikan nafkah terhadap Fazura dan Fatima. FAZURA: Punca penceraian saya disebabkan Fattah abaikan nafkah saya dan Fatima sejak sekian lama. Saya banyak berkorban untuk Fattah. Saya sediakan tempat tinggal, makan, minum dia dan Fatima. Sejak awal perkahwinan saya terima dia dan keluarganya seadanya sampai ke hari ini. Tapi pengorbanan saya diambil kesempatan. Jadi saya sangat kecewa dan kesal. FATTAH: Jangan main sentimen tidak beri nafkah. Saya ada bukti ke mana wang saya (belanjakan). Saya keluarkan (berikan) kepada keluarga. Mungkin dia rasa tak cukup untuk dia. Fattah tenang menafikan segala dakwaan Fazura. 4. Hadiahkan Fattah kereta Range Rover? FAZURA: Saya juga hadiahkan Fattah sebuah kereta Range Rover. Jadi untuk orang cakap saya dan Fattah tak sekufu itu tidak betul. FATTAH: Dia hadiahkan kereta kepada saya? Itu adalah kereta syarikat dan saya bekerja dengan syarikat Fazura. Gaji saya ditolak untuk membayar kereta itu. Jangan ungkit perkara yang tidak sepatutnya. Fattah minta Fazura kemukakan bukti WhatsApp. 5. Keadaan terkini Fatima? FAZURA: Macam mana nak hidup bersama kalau Fatima menjadi saksi apa yang jadi? Saya kena besarkan Fatima dengan mental yang baik, gembira dan sebagainya. FATTAH: Kesal dengan situasi sekarang di mana Fatima tak sepatutnya hadapi perkara begini pada usianya empat tahun. Dia terpaksa menerima situasi ini, saya kesal dan kasihankan dia, cakap fasal anak saya memang sedih. Boleh tengok sendiri dia rapat dengan siapa? Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!