PELAKON Fattah Amin menegaskan dia tidak pernah berlaku curang terhadap bekas isterinya iaitu Nur Fazura sepanjang tujuh tahun mereka bergelar suami isteri. Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, berkata, dia pelik apabila dia dituduh berlaku curang sedangkan perkara itu tidak pernah ditimbulkan sepanjang proses mereka bercerai. "Saya menafikan perkara itu malah peguam Fazura pun cakap tiada kes curang tapi kenapa dia tiba-tiba kata ada kes curang?," katanya kepada pemberita. Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam. Fattah menjelaskan perkara itu ketika ditemui selepas melafazkan cerai talak satu terhadap Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam pada pagi Isnin. Dalam pada itu, Fattah turut menafikan dakwaan dia tidak menjalankan tanggungjawab apabila didakwa tidak memberi nafkah kepada isteri dan anak perempuan tunggal mereka iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun. Jelas Fattah, dia mempunyai bukti setiap transaksi wang miliknya yang dikeluarkan untuk keluarga. ARTIKEL BERKAITAN: Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu ARTIKEL BERKAITAN: Hati Fazura remuk Fattah Amin curang, lebih kecewa bekas suami tak bersungguh datang pujuk - “Dia tak sayangkan saya lagi” "Jangan main sentimen tidak beri nafkah. Saya ada bukti ke mana wang saya. "Saya keluarkan kepada keluarga. Mungkin dia rasa tak cukup untuk dia," jelasnya. Mengulas tindakan Fazura mendedahkan punca penceraian mereka, Fattah menganggap tindakan itu bagi mencemarkan nama baiknya. "Tohmahan ini untuk memalukan dan mencemarkan nama baik saya. Sedangkan sudah ada perjanjian bersama sebelum lafaz cerai tadi, sepatutnya kena jaga nama baik masing-masing," tegasnya. Saya menafikan perkara itu malah peguam Fazura pun cakap tiada kes curang. FATTAH AMIN PELAKON Fattah turut menegaskan punca penceraian mereka adalah disebabkan sudah tiada persefahaman di antara mereka. “Macam yang Fazura failkan sebelum ini, punca penceraian kami adalah tidak mempunyai persefahaman,” ujarnya. Fattah dan Fazura dah bercerai talak satu sekitar pujul 9.45 pagi pada Isnin. Pasangan ini sah bercerai talak satu pada pagi Isnin. Lafaz itu tersebut dibuat dihadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh. Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.