TIDAK hanya berlaku curang, pelakon Nur Fazura mendakwa kegagalan memberi nafkah turut menjadi punca dia tawar hati dengan Fattah Amin. Dakwa Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata, perkara itu sudah berlarutan sejak sekian lama sehingga membuatkan dia nekad memfailkan cerai terhadap aktor berkenaan. "Punca penceraian saya disebabkan Fattah abaikan nafkah saya dan Fatima sejak sekian lama," katanya kepada pemberita. Fazura dakwa Fattah dah lama tak beri duit kepada dia dan Fatima. Fazura ditemui selepas selesai Fattah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin. Dalam pada itu, Fazura mendedahkan sepanjang tujuh tahun berkahwin, dia sudah banyak berkorban wang ringgit demi menjaga kebajikan Fattah dan anak mereka iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun. Namun katanya, dia kecewa apabila semua pengorbanan dibuat disia-siakan dan tidak dihargai oleh suami sendiri. "Saya banyak berkorban untuk Fattah. Saya sediakan tempat tinggal, makan, minum dia dan Fatima. ARTIKEL BERKAITAN: Kemelut rumah tangga Fazura dan Fattah dijangka selesai cara baik, ada perbincangan di luar mahkamah ARTIKEL BERKAITAN: Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu "Saya juga hadiahkan Fattah sebuah kereta Range Rover. Jadi untuk orang cakap saya dan Fattah tak sekufu itu tidak betul. "Sejak awal perkahwinan saya terima dia dan keluarganya seadanya sampai ke hari ini. Tapi pengorbanan saya diambil kesempatan. Jadi saya sangat kecewa dan kesal," katanya. Sementara itu, Fazura tidak mahu memisahkan Fattah dengan anak mereka dengan penceraian namun mahu menjaga mental kanak-kanak itu. "Macam mana nak hidup bersama kalau Fatima menjadi saksi apa yang jadi? Fattah ketika di mahkamah bagi prosiding kes cerainya pada pagi Isnin. "Saya kena besarkan Fatima dengan mental yang baik, gembira dan sebagainya," jelasnya. Pada pagi Isnin, Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malek Soleh kira-kira pukul 9.45 pagi. Fazura terdahulu memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah pada 13 September lalu di mahkamah sama. Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.