suria

Keluarga datang beri sokongan kepada Fattah, bapa reda sebarang keputusan babit perkahwinan anak

Ibu dan bapa Fattah hadir ke mahkamah beri sokongan buat anak mereka.

MENGHARAPKAN yang terbaik, bapa Fattah Amin turut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam pada pagi Isnin bagi memberi sokongan terhadap pelakon berkenaan.

Mohd Amin Musa, 57, berkata, sebagai orang tua dia reda atas apa sahaja yang berlaku ke atas rumah tangga anaknya.

"Apa yang berlaku kami reda. Harap yang terbaik buat anak. Semoga Fatima (cucu) juga baik," ujarnya.

size NP 1 - 2024-10-07T103116.137

Ibu dan bapa Fattah reda apa sahaja keputusan kes cerai anak dan menantu mereka.

Amin yang hadir bersama isteri iaitu Azizah Abdul Ghani, 54, berkongsi perkara itu ketika ditemui pemberita di luar dewan mahkamah.

Fattah dan isterinya iaitu pelakon Nur Fazura, 41, turut hadir bagi sebutan kes cerai mereka.

Fazura pada 13 September lalu memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di mahkamah sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemelut rumah tangga Fazura dan Fattah dijangka selesai cara baik, ada perbincangan di luar mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura tenang tiba di mahkamah, ditemani 6 pengawal peribadi

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain