SEAWAL pagi Isnin, pelakon Nur Fazura menyentuh hati peminat apabila berkongsi luahan tentang reda menerima sesuatu dalam kehidupan. Kata-kata Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 40, itu juga seolah-olah memberi gambaran tentang kemelut rumah tangga sedang berlaku antara dia dan suami iaitu aktor Fattah Amin. “Kita kena terima apa yang tidak diri ini, begitu juga sebaliknya,” tulis Fazura di laman Instagram miliknya. Fazura tabah hadapi dugaan rumah tangga. Malah dalam satu hantaran lain pelakon ini juga berkongsi untuk terus percaya atas setiap takdir yang telah ditetapkan. Baginya setiap yang berlaku akan ada hikmah terbaik apabila sentiasa percaya pada ketentuan Allah. “Sentiasa berharap, bergantung dan percaya pada perancangan Allah. “Mungkin tidak nampak sekarang tetapi yakin Allah akan memberi lebih banyak kebahagiaan,” ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Demi maruah, Fazura nekad teruskan cerai ARTIKEL BERKAITAN: Fazura pakai serba putih datang mahkamah, bawa 5 orang ‘bodyguard’ Status rumah tangga Fazura dan Fattah menjadi tanda tanya ramai sama ada pasangan ini akan bercerai atau tidak. Pada 25 September lalu kedua-dua mereka hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi sebutan permohonan cerai yang dibuat Fazura. Fattah ketika itu hadir dengan mengemukakan cadangan berhubung permohonan tersebut dan kes mereka ditangguh ke hari ini. Fattah masih mahu mempertahankan rumah tangganya. Fazura terdahulu memfailkan permohonan cerai pada 13 September. Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!