PERMOHONAN pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Azman menangguhkan hukuman penjara ditolak Mahkamah Sesyen Klang pada petang Jumaat. Sebaliknya, Azman atau Azman Syah Alias, 43, terus dihantar ke Penjara Kajang di Selangor bagi menjalani hukuman penjara selama 24 tahun serta dua sebatan. Hakim Noridah Adam menolak permohonan tertuduh selepas mendapati tiada keadaan khas bagi membolehkan permohonan tersebut dibenarkan. Azman terus dihantar ke Penjara Kajang bagi jalani hukuman. "Permohonan peguam menangguhkan hukuman ditolak kerana tiada keadaan khas yang dikemukakan kepada mahkamah," katanya. Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul 'Izzati Mohamad berkata, tiada keistimewaan buat tertuduh menangguhkan pelaksanaan hukuman selepas mengambil kira kesalahan jenayah yang sudah dibuktikan. Bagaimanapun, peguam mewakili Azman, Mohamad Zahid Ahmad memberi alasan anak guamnya merupakan pesalah pertama dan masih berdepan beberapa pertuduhan di mahkamah lain. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Padah lakukan amang seksual... PU Azman dihukum 2 sebatan, penjara 24 tahun ARTIKEL BERKAITAN: [V] PU Azman diperintah bela diri kes amang seksual remaja 17 tahun... Yakin ada hikmah atas musibah menimpa Difahamkan, Azman atau mesra disapa Cik Man itu berdepan lima lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Shah Alam, satu di Mahkamah Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang. Sementara itu, Zahid turut memberitahu, pasukannya bakal memfailkan rayuan berkaitan hukuman yang sudah dijatuhi pada anak guamnya secepat mungkin. "Kami semestinya akan membuat rayuan nanti (bagi menangguh dan menggantung hukuman itu). Permohonan tangguhkan hukuman oleh Azman ditolak mahkamah. "Semua proses akan dibuat di Mahkamah Tinggi Klang," katanya kepada pemberita. Pada pagi Jumaat, Azman dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lalu. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling selain pengawasan polis selama dua tahun selepas tertuduh selesai menjalani hukuman ditetapkan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!