suria

JoBranko terbuka jumpa Awie, katanya boleh terus hubungi jika ikhlas dan profesional

Jo terbuka untuk duduk dengan sesiapa saja, termasuk Awie jika tujuan utama adalah untuk memulihkan hubungan lama.

TERBUKA untuk bersemuka, pemain gitar JoBranko tiada masalah duduk semeja bersama penyanyi Datuk Awie bagi menyelesaikan kemelut yang pernah terjadi antara mereka sebelum ini.

JoBranko atau Abdul Zamin Abdul bagaimanapun berkata usaha ke arah itu tidak seharusnya berlaku dengan melibatkan nilai komersial seperti tawaran menyertai sesebuah acara.

"Jika benar niat untuk bersilaturahim, cara terbaik adalah dengan pendekatan peribadi, bukan melalui tawaran komersial seperti konsert.

size NP 1 - 2024-10-02T164525.048

Jo terbuka untuk berbincang dengan Awie secara berdepan.

"Saya terbuka untuk duduk dengan sesiapa sahaja, termasuk Awie, jika tujuan utama adalah untuk memulihkan hubungan lama, tetapi ianya mesti di mulakan dengan niat dan tujuan yang tulus dan ikhlas.

"Dalam dunia teknologi masa kini, Awie boleh saja menghantar message menggunakan Whatsapp atau menghubungi telefon saya jika beliau ikhlas tetapi mengeluarkan kenyataan melalui media dan mempersoalkan harga yang diletakkan oleh kumpulan Barbarik," katanya kepada mStar.

JoBranko yang merupakan anggota kumpulan Barbarik ditemui ketika majlis bersama janama Gibson Guitar yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

Dia yang juga merupakan bekas anggota Wings mengulas perkara itu selepas Awie mengeluarkan kenyataan dirinya menolak tawaran untuk menyertai acara Rock Warrior Music Festival (RWMF) pada 23 dan 24 November ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Wings, Search, XPDC gegar pentas... Awie mahu hidupkan semula muzik rock, anjur acara ‘Rock Warrior Music Festival’

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada apa lagi nak dikejar sebagai artis, Awie mahu lebihkan masa untuk anak-anak

Menurut Awie harga yang diletakkan oleh JoBranko terlalu tinggi dan tidak sama seperti kumpulan lain.

Bagi JoBranko dia bersama kumpulannya kini berhak untuk meletakkan nilai sebegitu dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Awie disifatkan sebagai tidak profesional.

"Setiap artis, termasuk Barbarik, mempunyai hak untuk meletakkan nilai yang sesuai berdasarkan pengalaman, bakat, dan reputasi.

"Saya tidak pernah menolak sebarang usaha baik, tetapi setiap keputusan haruslah berdasarkan persetujuan bersama yang adil kepada semua pihak terlibat.

size NP 1 - 2024-10-02T164514.118

JoBranko dilantik menjadi duta bagi Music Bliss untuk produk Gibson.

"Jika satu pihak yang menawarkan merasakan harga atau nilai yang di minta tidak setimpal, maka pihak satu lagi boleh mencari alternatif lain yang bersesuaian dgn budget mereka. Tidak bermakna jika harga tidak sesuai, kita menolak hubungan silaturahim," ujarnya.

Konflik antara JoBranko dan Awie bermula sekitar tahun 2016 selepas dia mengambil keputusan untuk tidak lagi menyertai Wings.

Difahamkan perselisihan berlaku berpunca daripada konflik dalaman sehingga menimbulkan rasa kurang senang kedua-dua belah pihak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain