suria

Isu Syamsul tuntut semula harta daripada Ira Kazar, belum ada kes difailkan di mahkamah

Syamsul membuat tuntutan terhadap Ira selepas bercerai.

PENGARAH Syamsul Yusof belum membuat sebarang tuntutan di mahkamah berkaitan harta pernah diberikan kepada bekas isterinya, Ira Kazar.

Peguam Azmi Mohd Rais berkata, sekiranya terdapat sebarang tuntutan ia adalah perbincangan di antara pihak berkaitan namun tiada sebarang kes difailkan setakat ini.

"Saya tidak boleh komen kerana belum ada kes difailkan. Kalau ada pun (tuntutan), itu adalah perbincangan antara pihak-pihak," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

syamsul 113

Azmi (kanan) mewakil Syamsul dalam kes cerai sebelum ini.

Azmi berkongsi perkara itu sebagai mengulas kenyataan Ira yang mendedahkan Syamsul ada mengemukakan beberapa tuntutan antaranya meminta kembali harta pernah diberikan sebelum ini.

Dalam pada itu, Azmi berkata, dia hanya akan mengulas tentang perkara tersebut sekiranya ia melalui proses perundangan di mahkamah.

Pada Rabu, Ira, 29, menerusi peguamnya, Mohammad Fadhil Ambul Razak memberitahu tidak bersetuju dengan permintaan dibuat Syamsul.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ira Kazar tuntut Syamsul RM3,000 tapi dapat RM200 saja

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ira Kazar tuntut Syamsul RM3,000 tapi dapat RM200 saja

Ini kerana, barang atau harta yang diberikan kepada Ira ketika mereka masih bergelar suami isteri dan pendirian tersebut berdasarkan hukum syarak.

"Pihak sana (Syamsul) ada meminta beberapa tunutan semula ke atas Ira. Tetapi kami tidak bersetuju memandangkan perkara tersebut berlaku semasa dalam perkahwinan.

"Dari segi hukum syarak sudah dinyatakan bahawa apa yang diberikan tidak akan dipulangkan semula," jelasnya.

syamsul 114

Syamsul dan Ira sah bercerai pada 5 September.

Syamsul, 40 dan Ira atau Faghirah Fatini Kazarudidin bernikah pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand sebelum mendaftarkan pernikahan itu di Perlis pada 20 Januari tahun sama.

Rumah tangga pasangan ini bagaimanapun berakhir dengan penceraian pada 5 September lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain