TATKALA isu perceraian pasangan Nur Fazura dan Fattah Amin hangat diperkatakan, pelbagai spekulasi timbul tentang punca keretakan rumah tangga mereka. Malah ada antaranya juga dianggap sebagai satu fitnah sedangkan Fazura dan Fattah tidak pernah memberikan sebarang kenyataan berhubung isu ini. Tidak berdiam dengan perkara tersebut, Fazura menerusi pihak pengurusannya bakal mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang bercakap buruk tentang mereka. Pihak Fazura beri amaran keras terhadap pihak yang memfitnahnya. Menurut peguam yang mewakili Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan, mereka sudah mengenali beberapa individu yang melemparkan fitnah tidak benar itu. "Kami sudah kenal pasti empat hingga lima pihak dan akan ambil tindakan terhadap yang memulakan buat kenyataan. "Pihak pengurusan terkilan dengan kenyataan yang memfitnah Fazura. Kami tidak biarkan isu sebegini dibangkitkan," katanya kepada media. ARTIKEL BERKAITAN: Tak jadi cerai, Fattah masih sayang Fazura ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh pelbagai spekulasi rumah tangga, Fazura kata berdiam lebih baik Fakhrul dan Fazura ditemui ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Rabu bagi sebutan permohonan cerai yang dibuat. Dalam masa sama, Fakhrul juga menegaskan pihak mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan termasuk punca bercerai. Sekali gus menafikan dakwaan wujud perbuatan curang sehingga berlaku kemelut antara mereka. "Alasan bercerai ada dalam fail mahkamah. Fazura dan Fattah tidak pernah memberi sebarang kenyataan tentang kehidupan rumah tangga. Kita nak cuba selesaikan tanpa mengaibkan mana-mana pihak. Fazura tak pernah buat kenyataan curang. FAKHRUL AZMAN ABU HASSAN PEGUAM MEWAKILI FAZURA "Fazura tak pernah buat kenyataan curang. Buat masa ini atas dasar tiada persefahaman,” ujarnya. Sementara itu Fazura juga akui dia sedar akan kata-kata tentang perkahwinan mereka termasuk daripada orang terdekat yang pernah memberi kenyataan. "Itu saya tak boleh komen," luahnya. Pada 13 September lalu, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, dikatakan memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor. Usia perkahwinan pasangan ini hampir menginjak tujuh tahun. Sebutan pada Rabu berlangsung di hadapan Hakim Syarie Abdul Malek Soleh dan perbicaraan ditangguhkan apda 7 Oktober depan. Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!