suria

“Daddy sentiasa sayang awak berdua”... Fattah kongsi foto terakhir Fazura dan anak, peminat pula sebak

Fattah masih sayangkan Fazura.

SENTIASA mengharapkan yang terbaik dalam perkahwinan, pelakon Fattah Amin meluahkan rasa sayang terhadap isterinya iaitu aktres Nur Fazura meskipun menyedari rumah tangga mereka bakal berakhir dengan penceraian.

Berkongsi luahan hatinya itu di Instagram, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, turut memohon orang ramai mendoakan agar urusannya sekeluarga dipermudahkan.

"Doakan yang baik-baik buat kami.

Copy of Untitled - 2024-09-25T140147.889 - Copy

Fattah menulis perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

"Apa-apa pun jadi Daddy akan sentiasa sayang awak berdua," katanya.

Bersama kapsyen berkenaan, dia turut memuat naik foto terakhir Fazura dan anak mereka iaitu Nur Fatima Aisya yang dirakam.

Meninjau di ruangan komen rata-rata pengikut turut bersimpati akan dugaan yang dihadapi pasangan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura berbaju putih datang mahkamah, bawa 5 orang ‘bodyguard’

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah, Fazura dipercayai tidak tinggal sebumbung sejak krisis bertebaran, peminat berdebar tunggu kes cerai esok

Malah tidak kurang ada yang mahu mereka meneruskan hubungan sebagai suami isteri.

"Pertahankan Faz (Fazura). Pujuk semula hati Faz.

"Semoga ada sinar kembali.

Ramai peminat mendoakan kebahagiaan Fattah.

"Semoga ada keajaiban dalam hubungan. Allah uji supaya kita boleh harungi atau tidak. Kami doakan yang terbaik," komen netizen.

Pada pagi Rabu, pasangan ini hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor bagi sebutan permohonan cerai.

Fattah ketika ditemui media memaklumkan dia masih menyayangi isterinya itu.

Kes akan disambung pada 7 Oktober berdepan sebagai penentu hubungan rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain