suria

[V] Ira Kazar tak setuju cara Syamsul, lepas cerai tuntut semula harta diberi

BEKAS isteri kepada Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mendedahkan selepas mereka bercerai pada 5 September lalu, pengarah tersebut ada mengemukakan beberapa tuntutan antaranya meminta kembali harta yang pernah diberikan sebelum ini.

Kata peguam yang bercakap bagi pihak Ira iaitu Mohammad Fadhil Abdul Razak, pihaknya bagaimanapun tidak bersetuju memandangkan barangan itu diberikan semasa mereka bergelar suami isteri.

"Ya pihak sana ada meminta beberapa tuntutan semula ke atas anak guam saya (Ira). Tetapi kami tidak bersetuju memandangkan perkara itu berlaku semasa dalam perkahwinan.

ira kazar 44

Ira bersama peguam ketika ditemui media.

"Kami bukan tidak mahu bersetuju, tetapi dari segi hukum syarak sudah dinyatakan bahawa apa yang sudah diberikan, tidak akan dipulangkan semula,” katanya.

Fadhil memaklumkan perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada Rabu.

Ditanya apakah barangan yang minta dipulangkan kembali, Fadhil dan Ira enggan menyatakan butiran lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Wujud pelanggaran taklik sebanyak 5 kali, Syamsul dan Ira Kazar sah cerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof lega urusan mahkamah selesai, enggan kongsi sebab cerai Ira Kazar

Fadhil bagaimanapun berkata pihaknya ada mengemukakan beberapa cadangan bagi menyelesaikan hal itu namun masih belum mempunyai kata putus daripada kedua-dua pihak.

"Memandangkan tuntutan ini dibuat di luar mahkamah, pihak kami telah membuat perbincangan dengan pihak Syamsul.

"Tetapi keputusan tuntutan itu belum disahkan lagi. Buat masa ini saya tidak boleh mendedahkan apa dalam tuntutan tersebut demi menghormati kedua-dua belah pihak," katanya.

SYAMSUL 11

Syamsul dan Ira sah bercerai pada 5 September.

Sementara itu, Ira atau nama sebenarnya sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, pula enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan Syamsul itu.

"Saya tidak mahu komen. Kita hadap (berdepan) sahaja. Saya takut nanti saya cakap, orang akan salah tafsir," katanya.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand dan pasangan itu dilaporkan mendaftarkan perkahwinan mereka di Perlis pada 20 Januari 2023.

Syamsul juga sebelum ini pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan bercerai pada 14 Jun tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

Artikel Lain