suria

[V] Kecoh pelbagai spekulasi rumah tangga, Fazura kata berdiam lebih baik

KETIKA pelbagai spekulasi timbul berhubung kemelut rumah tangganya dengan aktor Fattah Amin, pelakon Nur Fazura memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, bagaimanapun memberitahu dia tenang berdepan ujian rumah tangga dan berharap agar urusannya itu dipermudahkan.

"Tiada apa-apa yang hendak saya komen hari ini. Sebagai isteri dan ibu saya hanya mahukan yang terbaik".

Fazura slug 2 (4)

Prosiding perceraian di antara Fattah dan Fazura bersambung pada 7 Oktober depan.

"Saya berserah kepada Allah,” katanya kepada pemberita.

Fazura berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada Rabu bagi sebutan permohonan cerai yang dibuat pada 13 September lalu.

Sementara itu, Fazura berpendapat berdiam diri adalah lebih baik kerana bimbang kenyataan diberi kelak hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura berbaju putih datang mahkamah, bawa 5 orang ‘bodyguard’

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah, Fazura dipercayai tidak tinggal sebumbung sejak krisis bertebaran, peminat berdebar tunggu kes cerai esok

"Berdiam lebih baik. Keadaan saya tenang sahaja," ujarnya.

Pada prosiding yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie Abdul Malek Soleh itu, Fattah turut hadir dengan cadangan perbincangan tentang perceraian mereka.

Menurut peguam syarie yang mewakili Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan, pihaknya akan meneliti cadangan tersebut sebelum sebutan semula kes pada 7 Oktober depan.

"Kami terima satu cadangan daripada pihak Fattah berkaitan permohonan. Cadangan itu tidak boleh didedahkan dan kami akan meneliti terlebih dahulu.

Fazura slug 2 (1)

Fazura dilapor menfailkan cerai pada 13 September lepas.

"Pihak-pihak akan berbincang untuk selesaikan secara baik tanpa melibatkan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP)," jelasnya kepada media.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.

Artikel Lain