KETIKA peminat menanti dengan penuh debar nasib rumah tangga antara pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin yang bakal diketahui pada Rabu, 25 September, pelbagai andaian dan spekulasi terus bertebaran gara-gara pasangan ini menutup mulut akan kemelut yang berlaku. Apabila Fattah dalam kenyataannya kepada media sebelum ini mendakwa dia tidak tahu isterinya telah memfailkan permohonan cerai pada 13 September lalu, ia memperlihatkan bahawa tiada komunikasi antara mereka berhubung isu berkenaan. Difahamkan ketika bertebaran gosip keretakan rumah tangga mereka, Fattah dipercayai telah keluar rumah kelamin mereka untuk tinggal berasingan bagi meredakan situasi walaupun dia mendakwa masih menyayangi Fazura. Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah 13 September lalu. Terdapat juga dakwaan sejak tinggal berasingan, Fattah dan anaknya Nur Fatima Aisya tidak lagi berhubung namun pada hari ulang tahun kelahiran Fattah 14 September lalu, dia berjaya melepaskan rindu kepada si puteri selepas berpeluang berjumpa anaknya itu. Selain itu, kek hari jadi yang mempunyai dua patung mirip Fattah dan Fatima menguatkan lagi desas-desus dia dan Fazura sudah tidak tinggal bersama. Dalam pada itu keputusan yang bakal dikeluarkan nanti bakal menjawab segala persoalan peminat yang menganggap pasangan itu sebagai simbol kebahagiaan kerana selama tujuh tahun usia perkahwinan mereka tidak pernah sekalipun terpalit dengan sebarang isu kontroversi. Sebelum ini, mStar cuba mendapatkan pengesahan peguam mewakili Fazura mengenai kes cerai difailkan anak guamnya namun kiriman mesej dihantar tidak berjawab kerana masih berada di luar negara. ARTIKEL BERKAITAN: Berpisah atau sebaliknya? Rabu depan penentu kemelut rumah tangga Fazura dan Fattah ARTIKEL BETKAITAN:Fattah Amin masih sayang Fazura, tiada wanita lain... Terkejut isteri fail cerai Pada 13 September lalu, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, dikatakan memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor. Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun. Semoga krisis rumah tangga pasangan ini akan berakhir dengan baik Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!