suria

Fazura berbaju putih datang mahkamah, bawa 5 orang ‘bodyguard’

Fazura bersama lima pengawal peribadinya ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

PELAKON Nur Fazura tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor kira-kira pukul 9.30 pagi, Rabu.

Menaiki kenderaan mewah Toyota Vellfire, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 40, kelihatan anggun mengenakan busana putih diiringi bersama lima orang pengawal peribadi, peguam dan pengurusnya.

Sempat menyapa media yang sudah menunggu sejak awal pagi, Fazura memberitahu dia berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Fazura kelihatan tersenyum ketika tiba di mahkamah.

“Selamat pagi. Kita jumpa selepas ini. Saya okey sahaja,” katanya kepada pemberita.

Pelakon berkenaan hadir bagi sebutan permohonan cerai yang dibuat terhadap suami iaitu pelakon Fattah Amin.

Fazura ditemani peguam syarie iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah, Fazura dipercayai tidak tinggal sebumbung sejak krisis bertebaran, peminat berdebar tunggu kes cerai esok

ARTIKEL BERKAITAN: Berpisah atau sebaliknya? Rabu depan penentu kemelut rumah tangga Fazura dan Fattah

Dia kemudian terus menuju ke bilik persidangan bagi sebutan tersebut.

Fattah dilihat menyusul masuk beberapa minit kemudian hadir bersama peguam iaitu Zulkifli Che Yong.

Media bagaimanapun tidak dibenarkan masuk.

Fazura 2

Fattah dan Fazura mempunyai seorang anak iaitu Fatima.

Pada 13 September lalu, Fazura dikatakan memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain