suria

Da’i Syed tampil imej botak, mohon doa urusan rayuan dipermudah

Syed (kiri) kini tampil dengan imej berambut botak.

PENDAKWAH selebriti Da’i Syed Iqmal berharap sebutan bagi rayuan membabitkan dirinya atas pertuduhan merogol wanita sekitar tahun 2020 dipermudahkan.

Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada pagi Selasa segak mengenakan suit berwarna biru gelap dan berambut botak memberitahu dia berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulilah saya baik saja, doakan semoga dipermudahkan,” katanya kepada pemberita.

syed1 - 1

Syed ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Turut hadir menemaninya bagi pendengaran sebutan berkenaan ıalah isterinya iaitu Hana İsmail.

Hana bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut dan hanya meletakkan harapan supaya urusan suaminya dipermudahkan.

“Harap semuanya okay saja,” kata Hana kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Syed dihukum penjara 10 tahun, tiga sebatan kerana merogol... Isteri sedang berpantang menangis dengar keputusan

ARTIKEL BERKAITAN: Kurang sebulan jalani hukuman penjara, Da’i Syed dilepaskan sementara... Rayuan kes rogol 24 September

Pada 30 Ogos lalu, Syed menangis dalam kandang tertuduh apabila dihukum penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Shah Alam kerana didapati bersalah merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol wanita berusia 23 tahun di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada jam 1.35 pagi, 11 September 2019.

Atas kesalahan itu, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada 10 April tahun lalu, Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Syed daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah Tinggi memerintahkan dia membela diri atas pertuduhan terbabit selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain