suria

Rozita Che Wan hilang sabar, bengang anak dihina berpakaian seperti pelacur - “Baik awak benam diri dalam tanah”

Rozita akan cari individu selar anaknya berpakaian seakan pelacur sehingga dijumpai.

PELAKON Rozita Che Wan tampil membuat laporan polis bagi menjejaki seorang individu yang bertindak mengutuk dan menghina anak perempuannya berpakaian seperti seorang pelacur.

Rozita atau mesra disapa Che Ta, 51, berkata, dia nekad mahu mengheret pelaku ke muka pengadilan atas perbuatan yang disifatkan sebagai biadab.

"Malas cakap banyak, saya serahkan segalanya kepada pihak berkuasa.

size NP 1 - 2024-09-20T120440.671

Rozita buat laporan polis.

"Siapa yang kurang ajar mengata anak saya, awak tunggu. Baik awak benam diri dalam tanah!

"Kalau tidak pun tunggu. Awak main tahi dengan saya, awak akan kena," katanya.

Rozita meluahkan perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya.

Aktres itu membuat laporan berkenaan di Balai Polis Kota Damansara, Selangor pada petang Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Che Ta pantang orang sendawa masa makan, terus ‘sound’ kalau berlaku depan mata

ARTIKEL BERKAITAN: Rozita Che Wan tiada rahsia kecantikan, kawal berat badan melalui ukuran pakaian - “Saya pakai baju saiz 20 tahun lalu”

Dalam pada itu, Rozita tetap akan menjejaki individu menghina anaknya iaitu Aaisyah Dhia Rana, 10 tahun, walaupun akaun pelaku sudah lesap.

Malah pelakon drama Kiah Pekasam itu dilihat hadir ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada pagi Jumaat yang difahamkan bagi melaporkan isu sama.

"Tiada masalah (akaun Instagram hilang). Saya akan cari sampai lubang cacing.

"Silap besar cari fasal dengan saya," ujarnya.

size NP 1 - 2024-09-20T120415.931

Rozita hadir ke MCMC pada pagi Jumaat.

Sebelum ini, Rozita meluahkan rasa bengang selepas seorang netizen dikatakan menghina Aaisyah dengan menyamakan baju dipakai seperti pelacur dan tidak layak menerima wang hantaran tinggi.

Komen tersebut muncul selepas sebuah akaun TikTok memuat naik video Aaisyah dengan kapsyen yang mengundang salah faham netizen.

Dalam video berkenaan Rozita pernah meminta agar Aaisyah mempelajari selok-belok kerja rumah dan berseloroh mendapat wang hantaran tinggi berjumlah RM900,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain