suria

Kemelut rumah tangga Fazura dan Fattah dijangka selesai cara baik, ada perbincangan di luar mahkamah

Fattah dan Fazura ada lakukan perbincangan di luar mahkamah.

KEMELUT rumah tangga pasangan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin dijangka bakal bertemu jalan penyelesaian secara baik.

Perkara tersebut dimaklumkan peguam mewakili Fattah iaitu Zulkifli Che Yong ketika hadir pada sebutan kes cerai mereka pada pagi Isnin.

"Insya-Allah dapat diselesaikan secara baik. Setakat perkembangan sekarang ia dapat dimuktamadkan secara baik," katanya.

size NP 1 - 2024-10-07T092507.258

Peguam Fattah beri bayangan kes cerai anak guamnya dijangka selesai cara baik.

Zulkifli ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin.

Zulkifli bagaimanapun enggan menyebut sama ada pasangan tersebut bakal bercerai atau sebaliknya.

Dalam masa sama, dia juga memaklumkan berlaku perbincangan luar mahkamah melibatkan kedua-dua pihak diwakili peguam.

“Ada perbincangan antara peguam dan sudah tentu atas arahan anak guam.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak jadi cerai, Fattah masih sayang Fazura

ARTIKEL BERKAITAN: Demi maruah, Fazura nekad teruskan cerai

“Respon Fattah sangat positif. Semoga ia dapat diselesaikan secara baik,” ujarnya.

Fazura terdahulu memfailkan permohonan cerai pada 13 September.

Pada 25 September lalu kedua-dua mereka hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi sebutan permohonan cerai yang dibuat Fazura.

Ada perbincangan antara peguam dan sudah tentu atas arahan anak guam.

ZULKIFLI CHE YONG

PEGUAM FATTAH AMIN

Fattah ketika itu hadir dengan mengemukakan cadangan berhubung permohonan tersebut dan kes mereka ditangguh ke hari ini.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain