suria

Fazura tenang tiba di mahkamah, ditemani 6 pengawal peribadi

Fazura hadir bersama enam orang pengawal peribadi.

TENANG hadir di mahkamah, pelakon Nur Fazura sempat tersenyum tatkala disapa media.

Fazura atau Nur Fazura Sharifudiin, 41, juga memberitahu kata-kata yang dikongsi di sosial media awal pagi Isnin sekadar perkongsian biasa.

“Tiada apa pun. Quotes biasa-biasa sahaja,”katanya.

size NP 1 - 2024-10-07T092925.638

Fattah dan Fazura tenang hadir di mahkamah pada pagi Isnin.

Fazura hadir dengan memakai busana warna rona pic serta lengkap aksesori tas tangan jenama mewah, Hermes Kelly.

Pelakon itu juga diiring peguam Fakhrul Azman Abu Hassan, pengurus peribadi dan enam orang pengawal peribadi.

Fazura tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari sekitar pukul 9.20 pagi bagi prosiding permohonan cerai yang dibuat.

Secara ringkas, Fazura juga memohon doa yang terbaik bagi urusan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi maruah, Fazura nekad teruskan cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura pakai serba putih datang mahkamah, bawa 5 orang ‘bodyguard’

“Semoga dipermudahkan. Fatima (anak) sihat,” ujarnya.

Sementara itu, Fattah Amin tiba sekitar pukul 9.30 pagi diiringi peguam syarie, Zulkifli Che Yong.

Ringkas Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, juga mengharapkan yang terbaik dalam menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

“Semoga semua dipermudahkan. Saya tidak boleh kongsi sekarang. Selepas ini saya akan bagitahu,” ujarnya.

size NP 1 - 2024-10-07T094028.867

Fattah bersama peguamnya di perkarangan mahkamah.

Fazura terdahulu memfailkan permohonan cerai pada 13 September.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!