SPEKULASI berkenaan pelakon Fattah Amin berlaku curang akhirnya terjawab apabila bekas isterinya Nur Fazura mengesahkan perkara tersebut. Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, mendakwa dia juga mempunyai bukti kukuh tentang kecurangan aktor berkenaan dibelakangnya. Kata Fazura, dia sudah cuba bersabar dan memaafkan perbuatan Fattah terhadapnya namun nekad memfailkan cerai apabila aktor itu tidak menunjukkan sebarang perubahan. "Punca yang saya tak boleh terima sebab Fattah berlaku curang dan saya ada bukti. Fazura berkongsi perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam. "Semua tahu saya sayangkan Fattah, demi Allah. Saya cuba bersabar dan memaafkan dia selama ini tapi dia tetap sama tak berubah," katanya kepada pemberita. Fazura ditemui selepas selesai Fattah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin. Dia juga tidak dapat menahan air mata tatkala berkongsi punca memfailkan cerai pada 13 Sempetmber lalu. Pasangan itu sah bercerai talak satu kira-kira pukul 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malek Soleh. Sementara itu, Fazura berkata, hatinya hancur apabila Fattah curang terhadapnya sejak Ogos lalu namun tetap berusaha memperbaiki hubungan mereka namun tidak berhasil. ARTIKEL BERKAITAN: Kemelut rumah tangga Fazura dan Fattah dijangka selesai cara baik, ada perbincangan di luar mahkamah ARTIKEL BERKAITAN: Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu Apa membuatkan dia lebih kecewa, Fattah bagaikan tiada usaha memujuknya ketika hatinya remuk berdepan ujian. “Sudah dua bulan tak tinggal sebumbung. Dalam tempoh itu saya harap dia datang pujuk bersungguh-sungguh. “Dalam keadaan hati remuk saya harapkan semua itu. Kalau datang mungkin saya akan berlembut hati. Tapi tiada inisiatif yang benar-benar untuk pujuk. “Jadi saya tahu dia tidak sayangkan saya lagi,” katanya. Dalam tempoh tidak bersama Fattah ada pulang ke rumah beberapa kali namun mereka tidak bersemuka. Punca yang saya tak boleh terima sebab Fattah berlaku curang. FAZURA PELAKON “Ada dia pulang rumah jumpa anak dan ambil baju. Kali terakhir adalah ketika saya memfailkan cerai,” ujarnya. Tambahnya sebab utama dia mahu berpisah adalah kerana sikap curang Fattah selain gagal memberi nafkah untuk keluarga. “Fattah pun tahu saya tak gembira. Pendapatan dia pun banyak, takkan sedikit pun tak boleh bagi saya dan Fatima,” jelasnya. Fazura turut meluahkan rasa kecewa apabila pengorbanan dilakukan buat Fattah dibalas dengan pengkhianatan. Malah katanya, hadiah kenderaan mewah jenis Range Rover kepada Fattah digunakan untuk membawa wanita lain. Pasangan in sah bercerai talak satu pada pagi Isnin "Saya dah berkorban macam-macam untuknya. Kenderaan Range Rover saya bagi dia bawa pula orang ketiga," ujarnya. Fazura bagaimanapun enggan mendedahkan identiti orang ketiga dalam rumah tangganya malah meminta soalan tersebut dijawab sendiri oleh Fattah. Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.