suria

[V] Fattah Amin bayar ansuran bulanan Range Rover, kereta mewah bukan hadiah daripada Fazura

PELAKON Fattah Amin menyangkal dakwaan kereta mewah jenama Range Rover dipandunya adalah hadiah daripada bekas isterinya iaitu Nur Fazura.

Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, sebaliknya menjelaskan kenderaan mewah tersebut adalah kereta milik syarikat Fazura.

Malah kata Fattah, dia menggunakan wang sendiri bagi membayar ansuran bulanan kereta tersebut.

size NP 1 - 2024-10-07T123945.665

Fattah tegaskan kereta Range Rover bukan hadiah daripada Fazura.

"Dia hadiahkan kereta kepada saya? Itu adalah kereta syarikat dan saya bekerja dengan syarikat Fazura.

"Gaji saya ditolak untuk membayar kereta itu. Jangan ungkit perkara yang tidak sepatutnya," katanya kepada pemberita.

Fattah menjelaskan perkara sebagai menjawab dakwaan Fazura yang mendakwa dia banyak berkorban untuk bekas suami termasuk menghadiahkan kenderaan mewah kepadanya.

Aktor itu ditemui pemberita selepas melafazkan talak satu terhadap Fazura kira-kira pukul 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam pada pagi Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: Abai nafkah antara punca fail cerai... Fazura banyak berkorban demi Fattah Amin, siap hadiahkan Range Rover

Fazura sebelum itu, memberitahu pemberita dia banyak berkorban demi Fattah termasuk memberikan hadiah kereta berkenaan.

Fazura juga secara sinis menyebut Range Rover berkenaan turut digunakan untuk membawa wanita yang didakwa mempunyai hubungan dengan Fattah.

“Kereta itu juga yang membawa wanita itu. Kereta itu pun dah kemalangan,” jelasnya.

Artikel Lain